204 mangsa banjir kilat di Batu Pahat masih di PPS
Iklan
Mangsa terjejas banjir dipindahkan ke PPS di SMK Seri Gading.
BATU PAHAT - Seramai 204 mangsa banjir kilat di kawasan Sri Gading, dekat sini masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading setakat pukul 8 pagi tadi.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Batu Pahat, jumlah berkenaan membabitkan sebanyak 57 keluarga yang terlibat dalam bencana berkenaan.
Iklan
Iklan
JPBD memaklumkan PPS yang mula dibuka pada 1 tengah hari semalam itu, melibatkan mangsa dari Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Pekan Sri Gading dan Kampung Sri Tanjung.
Semalam, hujan lebat turun tanpa henti di daerah itu yang bermula pukul 1.30 pagi hingga 5.30 pagi dan bertembung dengan fenomena air pasang, mengakibatkan kawasan terlibat dinaiki air.
Iklan
Selain itu, beberapa kemudahan di kawasan itu turut terjejas seperti Klinik Kesihatan Sri Gading dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gading. - Bernama.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>