Sultan Mizan rasmi Jambatan Angkat Kuala Terengganu
Iklan
Jambatan Angkat Kuala Terengganu - Foto Bernama
KUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Jambatan Angkat Kuala Terengganu di sini, malam ini.
Perasmian itu adalah bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Keputeraan baginda.
Iklan
Iklan
Turut berkenan berangkat pada upacara itu Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah serta Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jambatan ikonik itu telah memberi impak besar kepada pembangunan negeri dan menjadi produk baharu sektor pelancongan di negeri ini.
Iklan
"Ini terbukti melalui pengiktirafan anugerah Ikon Pelancongan Baharu Terbaik oleh Anugerah Emas Majlis Pelancongan Malaysia 2019.
Sehingga Julai 2022, sejumlah 379,900 pengunjung telah direkodkan melawat jambatan ikonik ini," katanya ketika berucap pada majlis itu.
Iklan
Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri merakamkan penghargaan atas sumbangan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dalam merancang dan melaksanakan projek jambatan berkenaan.
Katanya, kewujudan Jambatan Angkat Kuala Terengganu juga telah memberi peluang ekonomi baharu kepada rakyat tempatan terutamanya golongan B40.
"Perniagaan-perniagaan kecil seperti reruai jualan dan trak makanan telah dapat diwujudkan di kawasan sekitar yang memberi peluang kepada lebih 100 usahawan baharu," katanya.
Kerja-kerja pembinaan jambatan itu bermula pada Ogos 2014 dan berjaya disiapkan dan seterusnya dibuka untuk kegunaan awam pada Ogos 2019.
Projek dengan kos RM249 juta itu terdiri daripada struktur jambatan sepanjang 838 meter, empat struktur menara serta dua 'sky bridge' dan merupakan jambatan pertama di Asia Tenggara dengan reka bentuk seumpama itu. - Bernama
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.