Isu korek pasir: Bantahan penduduk dimaklum kepada MB

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu.

IPOH - Kebimbangan penduduk Kampung Siputeh, Ulu Selama, di sini mengenai kegiatan mengambil pasir yang mahu dijalankan di Sungai Selama berhampiran kampung tersebut telah dimaklumkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selama, Mohd Akmal Kamarudin berkata, surat bantahan terhadap aktiviti pengambilan pasir itu diserahkan kepada Saarani ketika mesyuarat Exco.

Iklan
Iklan

Menurutnya, keluhan penduduk mengenai isu berkenaan juga turut disampaikan ketika menyerahkan surat bantahan tersebut.

"Saya sendiri menyokong tindakan penduduk membantah aktiviti pengambilan pasir di kawasan itu malah pihak pejabat ADUN sendiri membuat surat bantahan dan diserahkan kepada Menteri Besar.

Iklan

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai laporan Sinar Harian dan hantaran Facebook yang tular mengenai aktiviti pengambilan pasir di Ulu Selama, Selama.

Mohd Akmal ketika sidang akhbar pada Rabu menunjukkan keadaan sungai yang dibimbangi akan terjejas jika kerja-kerja pengambilan pasir di kawasan tersebut diteruskan.

Mohd Akmal berkata, kegusaran penduduk mengenai aktiviti itu berasas dan wajar diberikan perhatian memandangkan kawasan berkenaan merupakan tumpuan pelancong.

Iklan

Jelasnya, kawasan tersebut semakin mendapat perhatian sebagai lokasi ekopelancongan disebabkan air sungai yang jernih serta keindahan alam semula jadi di situ.

Menurutnya, penduduk juga bimbang aktiviti itu akan menyebabkan runtuhan tebing memandangkan terdapat jambatan berhampiran.

Dalam pada itu, Mohd Akmal yang juga Exco kerajaan negeri memaklumkan pihaknya tidak pernah dimaklumkan mengenai aktiviti pengambilan pasir oleh mana-mana agensi berkaitan.