Farrah Naz dilantik Pengarang Kumpulan NST baharu

Iklan
Farrah Naz

SHAH ALAM - Anak syarikat Media Prima Berhad (Media Prima), The New Straits Times Press Berhad (NSTP) mengumumkan pelantikan Farrah Naz Karim sebagai Pengarang Kumpulan akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times (NST) berkuat kuasa 15 September ini.

Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Mustapha Kamil Mohd Janor berkata, NSTP akan terus melaksanakan perubahan termasuk dalam kepimpinan bilik berita selaras perkembangan pesat kemajuan dan persaingan dalam industri media.

Iklan
Iklan

"Sebagai Kumpulan, kami telah menunjukkan kemajuan ketara seperti dibuktikan melalui prestasi kewangan Media Prima dalam tempoh dua tahun ini.

Dalam pada itu, Mustapha Kamil menegaskan, sebagai akhbar harian bahasa Inggeris, NST berusaha untuk beroperasi secara bebas daripada mana-mana pengaruh luar termasuk pengaruh politik.

Iklan

"Sebagai ahli syarikat senarai awam, Kumpulan ditadbir oleh tadbir urus korporat yang ketat dan telus serta Lembaga Pengarah yang berkebolehan,” jelas beliau.

Farrah Naz telah berkhidmat di NSTP dalam pelbagai jawatan sejak tahun 2000 termasuk menyandang jawatan Eksekutif Editor.

Iklan

Baru-baru ini beliau menyertai Rangkaian Televisyen Media Prima sebagai Penerbit Eksekutif untuk program hal ehwal semasa.