Najib masuk HKL bukan kes kecemasan, sihat ketika discaj: KKM

Iklan
Datuk Seri Najib Tun Razak

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 9 September lalu sebagai kes elektif (bukan kecemasan) untuk memastikan kesihatan beliau berada pada tahap yang baik dan optimum.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, pemeriksaan dan ujian berkaitan telah dijalankan oleh pakar perunding kanan bertauliah terdiri daripda ketua-ketua perkhidmatan klinikal bagi bidang masing-masing.

Iklan
Iklan

"Pihak HKL juga telah mengadakan sidang keluarga sebanyak dua kali yang telah dihadiri oleh bekas Perdana Menteri itu dan keluarga beliau.

Dr Noor Hisham berkata, mereka juga telah diberitahu tentang keputusan sebulat suara pakar-pakar perunding agar Najib dibenarkan untuk didiscaj daripada HKL.

Iklan
Iklan

"Dimaklumkan juga jenis-jenis ubat yang dipreskrib semasa kemasukan wad adalah sama jenisnya dan dalam senarai ubatan KKM dan keadaan beliau juga sihat sebelum dibenarkan discaj daripada HKL,” jelasnya.