Terengganu sasar tingkatkan SSL ayam
Iklan
Dr Azman Ibrahim
KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu memajukan industri ternakan ayam pedaging untuk meningkatkan tahap pengeluarannya dalam negeri tersebut.
Exco Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, usaha itu penting kerana ternakan ayam di negeri itu belum mencapai 90 peratus.
Iklan
Iklan
"Tahap sara diri (SSL) ayam yang direkodkan di negeri ini pada tahun lepas hanya sekadar 64.31 peratus iaitu pengeluaran sebanyak 31,596 tan metrik dengan anggaran nilai RM252 juta.
"Jadi, masih ada ruang dan peluang dalam industri ayam pedaging sebanyak 35.7 peratus untuk memenuhi SSL dalam negeri Terengganu dan kita sedang bergerak ke arah itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Sabtu.
Iklan
Menurut Dr Azman, terdapat 132 ladang ternakan ayam berdaftar di Terengganu iaitu melibatkan 114 ladang ayam terbuka, 16 ladang ayam tertutup manakala dua lagi menggunakan konsep ladang ayam gabungan.
Beliau berkata, daripada jumlah itu seramai 117 penternak menternak ayam pedaging secara ladang kontrak dan 15 penternak adalah persendirian.
Iklan
Katanya, setakat ini kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sudah menyalurkan RM7.3 juta insentif kepada penternak ayam berdaftar di Terengganu dalam berhadapan isu kenaikan harga makanan ternakan.
"Kerajaan negeri melalui JPV sedang dalam rangka penyusunan dan kemaskini beberapa langkah penting melalui penguatkuasaan Enakmen Perladangan Unggas (EPU) 2015.
"Langkah ini bagi mengangkat martabat industri penternakan ayam ke tahap lebih baik dan menepati amalan perladangan baik kerana ayam merupakan salah satu sumber protein utama dalam negara,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor" /><meta itemprop="description" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor
#SinarHarian #beritasemasa #siakap70sen #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T08:36:07.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEp8C1cDVDt67F3Pk/x120" /><meta itemprop="duration" content="P191S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xy5n0" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xy5n0"></script>