Selebriti lelaki ditahan kes amang seksual

Iklan
Seorang selebriti lelaki ditahan polis di sekitar daerah ini pada Khamis untuk siasatan kes amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak dan remaja lelaki. - Foto 123rf

KLANG - Seorang selebriti lelaki ditahan polis di sekitar daerah ini pada Khamis untuk siasatan kes amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak dan remaja lelaki.

Menurut sumber, suspek berusia lingkungan 40-an itu kini direman enam hari sehingga Rabu untuk siasatan lanjut.

Iklan
Iklan

"Selebriti berusia lingkungan 40-an itu ditahan untuk siasatan kes amang seksual terhadap beberapa kanak-kanak dan remaja bawah umur.

Tambah sumber, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti daerah yang terlibat dalam kes ini.

Iklan

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Iklan