Dron jadi keperluan kepada JBPM

Iklan
Nor hisham

NILAI - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berharap teknologi dron dapat ditempatkan di 48 pejabat zon bomba di seluruh negeri.

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Datuk TS Nor Hisham Mohammad berkata, penggunaan dron dapat membantu memberi gambaran awal sesuatu kejadian yang berlaku sekali gus membolehkan tindakan awal diambil.

Iklan
Iklan

Menurutnya, buat masa ini kemudahan itu hanya digunakan oleh Unit Udara JBPM.

"Keperluan dron itu memang ada tapi kita berdepan dengan kekangan peruntukan buat masa ini, hanya terdapat enam unit dron ditempatkan di Unit Udara JBPM.

Iklan

Bagaimanapun katanya, JBPM di setiap negeri mengambil inisiatif menyertai kelab dron luar bagi mendapatkan bantuan mereka jika ada keperluan menggunakan teknologi itu dalam operasi dilaksanakan.

Pada masa sama, pihaknya turut mendapat bantuan dron dari Pejabat Daerah dan Tanah dan Jabatan Alam Sekitar yang sememangnya mempunyai kemudahan itu.

Iklan

"Setakat ini kita mendapat kerjasama baik daripada mereka. Tapi dengan keadaan semasa saya melihat teknologi dron itu sangat diperlukan oleh bomba.

"Ia dapat membantu mendapatkan imej awal sesuatu kejadian berlaku dan tinjauan awal melalui dron yang dilakukan kita boleh menyusun gerak kerja," kata beliau.

Nor Hisham sebelum itu menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Kursus Asas Hazmat Siri 1/2022, di BBP Nilai.

Pada kursus berkenaan, seramai 40 peserta terdiri daripada tiga Pegawai Kanan dan 37 pegawai Gred KB19 berjaya menamatkan kursus asas dan akan ditauliahkan sebagai juruteknik Hazmat.

Nor Hisham memakaikan lencana kepada anggota bomba yang berjaya menamatkan kurusus asas hazmat.

Beliau menambah, kesemua mereka akan dipilih bagi mengisi kekosongan 69 juruteknik Hazmat di sembilan pusat, menjadikan kekuatan terkini Pasukan Khas Hazmat adalah seramai 509 orang.

"Kebiasaan pelatih diwajibkan melalui latihan selama 90 jam dalam masa tiga minggu.

"Bagi siri ini, pelatih menjalani latihan lebih 180 jam dalam tempoh sama iaitu kira-kira 12 jam sehari selain perlu berada dalam bersiap siaga 24 jam," katanya.