Bajet 2023: Sektor pertanian terima peruntukan lebih besar

Iklan
Ahmad Samsuri (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan geran pengurusan PPK selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu kali ke-48 Tahun 2022 di Wisma Peladang pada Khamis.

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu akan memberi tumpuan kepada bidang pertanian dengan peruntukan lebih besar bakal diberikan bagi sektor berkenaan dalam pengumuman Bajet Terengganu 2023.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sektor pertanian merangkumi perladangan, penternakan, perikanan dan agro makanan perlu mengalami satu reformasi drastik dengan bajet yang lebih besar berbanding peruntukan RM7.43 juta diberikan pada tahun ini.

Iklan
Iklan

"Saya ingin menyebut pada hari ini bahawa untuk sektor pertanian, agro makanan dan seangkatan dengannya, kita sedang siapkan bajet sekarang ini, masih tekan kalkulator lagi.

Majlis disertai 250 jemputan terdiri daripada 117 perwakilan Pertubuhan Peladang dari seluruh negeri itu turut dihadiri Exco Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim.

Iklan

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri melaksanakan Pelan Strategik Pertanian Negeri Terengganu 2019-2023 dan antara objektifnya adalah memastikan kecukupan bekalan makanan negeri dengan mengurangkan kebergantungan kepada hasil dan lambakan produk import.

Ahmad Samsuri (duduk, tiga dari kiri) bergambar bersama jemputan selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu kali ke-48 Tahun 2022 di Wisma Peladang pada Khamis.

Beliau berkata, usaha pelan strategik itu sudah mula menampakkan hasil apabila tahap sara diri (SSL) makanan ruji padi sebanyak 43 peratus pada tahun 2018 meningkat kepada 48 peratus pada 2019 dan terus bertambah kepada 53 peratus bagi tahun 2020.

Iklan

"SSL pada tahun 2021 pula mencapai 55.8 peratus dan sasaran kepada 60 peratus bagi tahun 2023 pula berada pada landasan yang betul," katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Terengganu, Mohamad Saipuddin Abas berkata, PPN Terengganu terdiri daripada 15 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dengan jumlah ahli seramai 52,577 orang telah menunjukkan pencapaian membanggakan dengan penglibatan dalam pelbagai jenis aktiviti ekonomi khususnya agro makanan.

Menurutnya, jumlah saham terkumpul berakhir 31 Julai 2022 bagi semua PPK di PPNT adalah sebanyak RM3.82 juta manakala saham PPNT di Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) pula berjumlah RM3.7 juta.

"PPN Terengganu mempunyai hala tuju sendiri iaitu Hala Tuju Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu 2022-2026 yang memberi fokus kepada lima topik utama antaranya pengeluaran dan pemasaran agro makanan, pemasaran bersepadu kelapa sawit dan semaian sawit serta pemodenan kejenteraan ladang dan pembangunan hartanah," jelas beliau.