Perlu persetujuan Yang di-Pertua Negeri
Iklan
Dewan Rakyat - Foto Bernama (Gambar kecil: Nik Ahmad Kamal)
SHAH ALAM - Sebarang pindaan Rang Undang-Undang (RUU) melibatkan Sabah dan Sarawak perlu mendapat persetujuan daripada Yang di-Pertua Negeri.
Pakar Perlembagaan dan Pengamal Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berpendapat, selain Yang di-Pertua Negeri, pindaan berkaitan hak dan keistimewaan Sabah dan Sarawak juga harus dipersetujui pihak berkuasa di dua negeri terbabit.
Iklan
Iklan
"Perbincangan dan kajian secara menyeluruh harus dijalankan sebelum RUU dipinda termasuk mengkaji peruntukan lain dalam Perlembagaan Persekutuan supaya selaras dengan Perkara 1 (2) Perlembagaan
Persekutuan."Isu utama kini adalah untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai sekutu dalam Persekutuan dan bukan sebagai salah satu negeri dalam Persekutuan," katanya kepada Sinar Harian.Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan kerajaan PH yang membentangkan RUU meminda Perlembagaan Persekutuan di Dewan Rakyat kelmarin.
Iklan
Pindaan RUU tersebut adalah untuk mengembalikan kedudukan Sabah dan Sarawak sama rata dengan Semenanjung Malaysia seperti dalam perjanjian pembentukan Malaysia pada 1963.
ARTIKEL BERKAITAN: Anifah mohon pinda Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan ditangguh
Iklan
Sementara itu, Nik Ahmad Kamal turut menyifatkan Sabah dan Sarawak seharusnya menerima lebih banyak hak untuk membuat undang-undang dalam perkara yang sebelum ini di bawah kuasa Persekutuan."Misalnya, dua negeri berkenaan berpeluang mempunyai lebih hak dalam mengutip cukai yang sekarang ini di bawah kuasa Persekutuan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>