Lelaki kerugian RM2 juta, vape dirampas

Iklan
Pelbagai jenama dan jenis perisa cecair serta pelbagai jenis cartridge vape dirampas dalam satu serbuan di Taman Danhwa Kampung Kebakat di Tumpat pada Sabtu.

KOTA BHARU - Seorang lelaki berusia 34 tahun mengalami kerugian RM2 juta apabila pelbagai jenama dan jenis perisa cecair serta pelbagai jenis cartridge vape dirampas dalam satu serbuan di Taman Danhwa Kampung Kebakat di Tumpat pada Sabtu.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, rampasan jam 12.30 tengah malam itu dilakukan oleh Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu yang bertindak atas maklumat risikan.

Iklan
Iklan

"Semasa serbuan dilakukan, PGA telah menahan seorang lelaki yang berada di dalam rumah terbabit.

"Hasil pemeriksaan terdapat pelbagai perisa dan jenis cecair vape yang disyaki menyalahi undang-undang," katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) di sini pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, suspek turut gagal mengemukakan dokumen berkaitan apabila diminta dan kesemua barangan dirampas diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 13(A) Akta Racun 1952.

Iklan