Kerajaan jamin kebebasan media: PM

Iklan
Ismail Sabri - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu memberi jaminan kepada pengamal media di dalam negara bahawa mereka bebas melaporkan sebarang berita, namun ia mesti bersandarkan fakta yang benar dan sahih.

Dalam hal ini, Perdana Menteri berkata, sebagai penyebar maklumat, beliau yakin setiap media sedar mengenai batasan dan tanggungjawab mereka.

Iklan
Iklan

"Yang saya tahu, media mesti bertanggungjawab iaitu menceritakan perkara yang sebenar, memberikan informasi yang sebenar.

"Jika memberikan informasi yang sebenar, pasti tidak akan ada bantahan dan kekangan daripada kerajaan tentang bagaimana berita tersebut nak disampaikan,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan kunjungan ke Media Prima di Sri Pentas di sini.

Iklan

Mengulas lanjut, Ismail Sabri turut percaya jaminan kerajaan terhadap kebebasan media diterjemah melalui tindakan kerajaan.

"Jika ada yang lebih dari sepatutnya atau dibenarkan, pasti kerajaan akan menegurnya.

Iklan

Menyifatkan peranan media arus perdana amat penting dalam menyebar maklumat sebenar, Perdana Menteri turut berharap orang ramai agar tidak hanya bergantung kepada media sosial untuk mendapatkan maklumat.

"Seperti kita tahu hari ini, pelbagai informasi yang tidak tepat, informasi yang diselewengkan yang menyebabkan rakyat terkeliru.

"Jadi, sebab itulah bagi saya penting media arus perdana seperti TV3 dan media cetak yang ada pada hari ini memberikan informasi sebenar, tidak mengelirukan,” katanya. - Bernama