Sanggup buat kerja gila untuk jadi terkenal

Iklan
Gambar hiasan - Foto123RF

PENANGAN media sosial seperti Facebook, Instagram dan Tiktok sebenarnya banyak mengubah gaya hidup, corak pemikiran dan ‘nafsu’ sesetengah orang.

Merak Jalanan nampak kegilaan mengejar glamour di media sosial seakan sudah menjadi satu penyakit siber baharu kepada segelintir rakyat Malaysia.

Iklan
Iklan

Kadang-kadang Merak malu lihat aksi wanita Muslim bahkan ada yang berhijab menarik terkinja-kinja semata-mata mahu dapatkan Like dan Follower yang tinggi.

Lebih memalukan mak orang dan bini orang tiada segan silu melakukan aksi yang memualkan seperti tak fikirkan air muka ahli keluarga dan suami sendiri.

Iklan

Ada juga pempengaruh ini yang buat kandungan hantaran mereka benda yang pelik-pelik dan melanggar norma masyarakat.

Buat kandungan rentap tudung wanita, unboxing pengantin Islam, prank tampar orang di khalayak ramai dan macam-macam lagi perbuatan yang bertentangan dengan budaya Islam dan ketimuran.

Iklan

Merak Jalanan hairan kenapa mereka ini sanggup buat kerja gila dan jelik semata-mata mencari kemasyhuran sementara dan akhirnya jadi bahan kecaman netizen.

Usahlah ditiru sangat isi kandungan dan budaya barat yang memang tak pernah ada batasan adab, sosial dan agama.

Biarlah kita jadi terkenal dengan cara kita dan mengikut budaya timur yang tidak menjatuhkan maruah diri dan mengundang dosa.

Nak bersosial media tak salah, nak cari pendapatan atau rezeki di alam maya memang bagus tapi biarlah dengan pendekatan yang elok dan bertatasusila.

Merak Jalanan tengok ramai saja pempengaruh yang berjaya mencipta ramai pengikut, terkenal dan jadi kaya dengan platform media sosial dengan kandungan bermanfaat.