UCL: City tidak boleh bergantung kepada Haaland

Iklan
Erling Haaland

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola percaya pasukannya tidak akan dapat menjadi juara Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini sekiranya hanya bergantung kepada penyerang baharu mereka, Erling Haaland.

Sebaliknya Guardiola berpendapat, Haaland yang beraksi dengan baik pada penampilan Liga Perdana Inggeris setakat ini, tidak akan mampu untuk beraksi dengan baik sekiranya kesemua pemainnya tidak memainkan peranan masing-masing.

Iklan
Iklan

Justeru, beliau berharap semua pemain dapat menampilkan aksi terbaik supaya mampu menjadi juara UCL buat kali pertama.

"Kami tidak menang hanya untuk Erling dan tidak kalah hanya untuk Erling. Dia mempunyai kualiti yang istimewa dan mungkin boleh menyelesaikan beberapa masalah.

Iklan

"Bagaimanapun jika pasukan tidak bermain dengan baik, kami tidak akan memenangi sesuatu perlawanan itu,” katanya.

Untuk rekod, Haaland telah membuat permulaan yang luar biasa dalam kariernya di Stadium Etihad, menjaringkan 10 gol dalam hanya enam perlawanan.

Iklan