Terbuka AS: Kyrgios singkirkan juara bertahan
Iklan
BINTANG tenis Australia, Nick Kyrgios mencipta sensasi apabila menyingkirkan juara bertahan Daniil Medvedev sekali gus mengesahkan kemaraan ke suku akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS).
Kyrgios yang berstatus nombor 25 dunia itu meranapkan impian pemain nombor satu dunia dari Rusia apabila melakar kemenangan 7-6(11), 3-6, 6-3, 6-2.