Muktamar Pas: Undangan diberi kepada Suraya Yaakob

Iklan
Kenyataan di Facebook Zulkifli dimuat naik pada Sabtu.

ALOR SETAR - Pas menegaskan bahawa telah mengundang Badan Perhubungan UMNO Kedah ke Muktamar Tahunan Pas kali ke-68 yang berlangsung di Kompleks Pas Kedah di sini.

Memetik kenyataan di Facebook Penolong Setiausaha Pas Kedah, Zulkifli Yahaya berkata, beliau diamanahkan untuk menyampaikan undangan terbabit kepada Datuk Suraya Yaakob.

Iklan
Iklan

"Datuk cuma ghenyeh (tersenyum) apa pun tak jawab," katanya memetik kenyataan terbabit yang dimuat naik pada Sabtu.

Zulkiffli membuat kenyataan berkenaan bagi membalas kenyataan UMNO yang mendakwa tidak menerima sebarang jemputan untuk menghadiri muktamar terbabit yang akan berakhir pada Ahad.

Iklan

Pada Sabtu, Ketua UMNO Kedah Jamil Khir Baharom menerusi Facebook turut menyatakan bahawa tiada siapa pun dari pihak UMNO, termasuk dirinya sendiri, menerima undangan ke acara itu.

Jamil menjawab kenyataan Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan bahawa pemimpin UMNO, termasuk Presiden, Ahmad Zahid Hamidi, ahli Majlis Kerja Tertinggi dan ahli cawangan Kedah diundang ke muktamar tetapi mereka tidak hadir.

Iklan