22 bayi merdeka lahir di HRPZ II

Iklan
Seramai 22 bayi merdeka selamat dilahirkan di HRPZ II semasa negara menyambut Hari Kemerdekaan ke-65 tahun pada Rabu.

KOTA BHARU - Seramai 22 bayi merdeka selamat dilahirkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) semasa negara menyambut Hari Kemerdekaan ke-65 tahun pada Rabu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Husin berkata, daripada jumlah tersebut seramai 14 bayi yang lahir adalah lelaki.

Iklan
Iklan

"Bayi pertama yang dilahirkan ialah perempuan pada jam 12.45 tengah malam," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau berkata, satu majlis diadakan bagi meraikan kelahiran bayi merdeka tersebut.

Iklan
Iklan

Katanya, ia merupakan acara tahunan hospital sebagai tanda kesyukuran terhadap kelahiran generasi baru yang bakal mewarisi kepimpinan Malaysia di masa hadapan.