Maritim Perak rampas 31 set bubu naga

Iklan
Maritim Malaysia Kuala Kurau merampas 31 set bubu naga di perairan Pulau Kalumpang, Parit Buntar pada Rabu. - Foto FB Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Malaysia Coast Guard)

PARIT BUNTAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak merampas 31 set bubu naga di kedudukan1.2 dan 1.3 batu nautika barat daya Pulau Kalumpang di sini pada Rabu

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, pasukan bot ronda telah mengesan pelampung yang mencurigakan disyaki penanda kepada bubu naga sekitar jam 8.50 pagi.

Iklan
Iklan

"Hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 16 set bubu naga di lokasi pertama iaitu di kedudukan 1.3 batu nautika barat daya Pulau Kalumpang dan selebihnya dijumpai di 1.2 batu nautika perairan yang sama.

"Kesemua bubu naga bernilai RM2,790 dirampas dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 iaitu memasang peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan yang tidak dilesenkan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.