Warga emas sesak nafas ketika daki gunung
Iklan
KLUANG - Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang membantu seorang lelaki warga emas yang mengalami sesak nafas semasa mendaki Gunung Lambak di sini pada Rabu.
Lelaki terbabit yang berusia 60-an dikatakan ke gunung berkenaan seorang diri untuk aktiviti mendaki sebelum mengalami kesukaran bernafas.