Peti besi tabung masjid 'hilang'
Iklan
Apoo menunjukkan jenis peti besi tabung masjid yang sama dilarikan pencuri. Gambar kanan: Kedudukan peti pesi yang dilarikan.
MELAKA - Ahli kariah Masjid Al Abrar Kampung Balik Bukit, di Bukit Lintang di sini, terkejut apabila mendapati tabung besi bagi mengutip sumbangan derma sejak beberapa tahun lalu hilang dipercayai dicuri.
Kehilangannya disedari ahli kariah ketika mahu menunaikan solat Subuh kira-kira jam 5.30 pagi sebaik mendapati salah sebuah tabung besi yang dilekapkan dengan skru pada tiang masjid itu lesap bersama duit derma orang ramai di dalamnya.
Iklan
Iklan
Bendahari masjid, Apoo Harga, 62, berkata, kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi Rabu lalu dan ia dianggap paling melampau berbanding beberapa siri kejadian pecah tabung yang dialami oleh masjid berkenaan sejak beberapa tahun lalu.
"Saya ke masjid jam 5.50 pagi diberitahu jemaah lain yang satu tabung masjid hilang dan apabila saya melakukan pemeriksaan mendapati, satu daripada lima tabung peti besi dalam masjid tiada.
Iklan
"Malah, atas permaidani masjid tempat asal letak tabung berkenaan masih berbekas," katanya yang menganggarkan terdapat RM100 hingga RM200 dalam tabung yang dilarikan itu.
Menurut Apoo, kejadian pecah tabung masjid tidak asing lagi dan kali terakhir wang tabung masjid itu dicuri dengan memotong kunci mangga pada 15 Februari lalu.
Iklan
"Kejadian kali ini dianggap melampau berikutan individu tidak bertanggungjawab bertindak mengumpil peti besi tabung yang dilekatkan pada tiang dengan mengumpil untuk menjarakkan peti besi sebelum skru yang melekatkan peti besi tabung pada tiang dipotong menggunakan pemotong," katanya.
Apoo berkata, hasil sumbangan orang ramai dalam tabung masjid berkenaan sering dikutip setiap kali selepas solat Jumaat.
Justeru, selain kerugian kehilangan wang sumbangan, beliau berkata, pihak masjid juga kerugian kira-kira RM200 iaitu nilai peti tabung besi yang dilarikan.
Menurutnya, masjid terbabit tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV), namun pihaknya bercadang berbuat demikian jika dipersetujui ahli jawatankuasa masjid.
Bagaimanapun, katanya, masjid terbabit yang berasal dari sebuah madrasah sejak 1966, mungkin bakal dialihkan ke lokasi baharu, kira-kira 200 meter daripada lokasi sekarang jika kerajaan negeri meluluskan pembinaan masjid baharu bagi Kampung Balik Bukit.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.