Gintell lancar S9 SuperChAiR

Iklan
Amber (kiri), Chris Leong(dua dari kiri), Jalaluddin (kanan) berkongsi pengalaman menggunakan produk Gintell.

RANGKAIAN perniagaan dalam bidang penjagaan kesihatan dan kecergasan terbesar di Malaysia, Gintell telah melancarkan kerusi urut siri SuperChAiR terbaharu mereka, S9 SuperChAiR, baru-baru ini.

Gintell dalam satu kenyataan berkata, Gintell S9 SuperChAiR merupakan kerusi urut siri 'S' terbaharu yang dilengkapi dengan teknologi AI terkini, iaitu AI-Senses yang terdiri daripada 'Voice Intelligence' dan pengimbasan seluruh badan.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, saiz dan jarak urutan di kaki boleh dilaraskan mengikut saiz dan bentuk badan pengguna.

"S9 SuperChAiR mempunyai enam teknik urutan unik dan 24 program auto.

Iklan

Menurut kenyataan itu, jerayawara Gintell akan berlangsung bermula 24 Ogos sehingga 4 September 2022 bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di IOI City Mall, Putrajaya.

Dari kiri, Amber, Chris, Cheh Yak dan Jalaluddin pada majlis pelancaran S9 SuperChAiR diadakan sempena pembukaan dan perasmian Fasa 2, IOI City Mall Putrajaya pada 25 Ogos lalu.

Produk yang dipamerkan ialah kerusi urut, mesin larian, basikal aero dan mesin urut mudah alih.

Iklan

Pelancaran S9 SuperChAiR diadakan sempena pembukaan dan perasmian Fasa 2, IOI City Mall Putrajaya pada 25 Ogos lalu.

Tetamu yang hadir adalah Pengarah Pengurusan Gintell, Datuk Goh Cheh Yak, duta Gintell, Amber Chia, Datuk Seri Master Chris Leong, dan Datuk Jalaluddin Hassan.