Jurnal syariah pertama diterbitkan

Iklan
Sultan Nazrin berkenan menyempurnakan Jurnal Syariah Perak Al-Qanun Vol 1 2022 di Casuarina@Meru di Meru Raya dekat sini pada Isnin.

IPOH - Jabatan Kehakiman Syariah Perak mengorak langkah ke arah pemantapan pentadbiran dan perundangan menerusi penerbitan Jurnal Syariah Perak Al-Qanun.

Jurnal pertama diterbitkan itu mengandungi artikel analisis sejarah ilmu al-Qadi mengenai kedudukan dalam hukum syarak dan pemakaiannya di Mahkamah Syariah Malaysia, alasan dan ulasan penghakiman.

Iklan
Iklan

Ketua Hakim Syarie Perak, Ab Rahman Thobroni Mohd Mansor berkata, jurnal terbabit akan diterbitkan secara berkala setiap tahun, bermula tahun ini.

Menurutnya, bagi penerbitan sulung ini, jabatan telah mendapat kerjasama strategik daripada Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Iklan

"Penerbitan jurnal ini merupakan sebahagian pelan strategik di bawah dimensi pemantapan pentadbiran dan perundangan Islam untuk mewujudkan mahkamah yang memenuhi aspek syariah compliance, masteru, accountability, respectable dan technology atau singkatannya SMART.

"Penghargaan juga kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) yang banyak membantu dalam urusan penerbitan jurnal syariah ini dari segi sumbangan dana serta buah fikiran," katanya.

Pembantu Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Perak, Norhafizatulhuda Hamzah, 30, menunjukkan Jurnal Syariah Perak Al-Qanun yang dilancarkan pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Jurnal Syariah Perak Al-Qanun Vol 1 2022 di Casuarina@Meru di Meru Raya dekat sini pada Isnin.

Pelancaran Jurnal Syariah Perak Al-Qanun Vol 1 telah disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Ab Rahman Thobroni berkata, di bawah SMART, dua tindakan sedang diambil iaitu membangunkan sistem elektronik kehakiman syariah Perak yang dikenali e-KSPERk dan mewujudkan pusat khidmat setempat di Ibu Pejabat.

Katanya, pembiayaan kedua-dua projek berkenaan mencecah belanja hampir RM1.2 juta.

"Aspek pemerkasaan undang-undang syariah juga sentiasa dijalankan melibatkan substantif dan subsidiari antaranya mengkaji keperluan, memperuntukkan punca kuasa dan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam Undang-undang Tubuh Negeri," jelas beliau.