Komposer lagu Mencari Sinar hidap diabetes, darah tinggi

Iklan
Rosli ketika menerima rawatan di Hospital Kemaman.

KUALA TERENGGANU - Komposer lagu Mencari Sinar yang dipopularkan oleh Lefthanded, iaitu Rosli Ali kini sering berulang alik ke Hospital Kemaman akibat penyakit kencing manis dan darah tinggi yang dihidapinya 12 tahun lalu.

Rosli, 56, bersama isteri dan tiga anaknya yang menetap di Taman Seri Mekar, Tok Kapor, Binjai, di Kemaman berkata, keadaan kesihatan kini tidak menentu dan semakin merudum.

Iklan
Iklan

"Kebelakangan ini saya sering keluar masuk hospital kerana perlu mendapatkan rawatan kerana tahap kesihatan semakin merudum akibat komplikasi penyakit.

"Awal bulan ini, saya dimasukkan ke Hospital Kemaman selama seminggu, malah sudah beberapa kali keluar masuk hospital," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Katanya, sejak pulang ke Terengganu 12 tahun lalu, dia tidak mempunyai pekerjaan tetap.

"Buat masa ini saya masih tidak dapat bekerja dan wang simpanan juga telah habis digunakan untuk tampung keperluan kesihatan dan keluarga," katanya ketika dihubungi di sini, pada Isnin.

Iklan

Tambah Rosli lagi, disebabkan tidak dapat berjalan seperti biasa, dia sangat memerlukan sumbangan kewangan untuk membeli lampin pakai buang yang perlu dibelanjakan kira-kira RM300 sebulan.

"Saya belum pernah memohon dan menerima apa-apa bantuan daripada kerajaan," katanya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh hubungi Rosli Ali di talian 012-516 5672.