PM ucap tahniah Aaron-Wooi Yik juara pertama Malaysia
Iklan
Aaron Chia-Soh Wooi Yik memahat sejarah apabila mengakhiri penantian gelaran sulung negara untuk rangkul kejuaraan Kejohanan Badminton Dunia di Jepun pada Ahad. - Foto EPA
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kerana berjaya melakar sejarah baharu sukan negara selepas menjuarai Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Tokyo, Jepun hari ini (Ahad).
Ismail Sabri berkata, kejayaan itu merupakan hadiah yang cukup bermakna buat negara sempena Hari Kebangsaan 2022, tidak lama lagi.
Iklan
Iklan
"Satu lakaran sejarah baharu buat sukan badminton negara.Tahniah Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kerana muncul sebagai pemain badminton negara yang pertama memenangi Kejohanan Badminton Dunia,” kata Perdana Menteri menerusi catatan di laman sosial Facebook rasminya, pada Ahad.
Pada aksi final berlangsung di Tokyo Metropolitan Gymnasium itu, pasangan beregu negara menundukkan bekas juara dunia tiga kali dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan yang diberi julukan"The Daddies", 21-19, 21-14 dalam tempoh 40 minit. - Bernama
Iklan
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>