Conte harap Spurs terus cemerlang

Iklan
Gandingan Harry Kane (kanan) dan Son Heung-Min mampu menjadi 'pemusnah' Forest pada Ahad. - Foto 90 minutes

SETELAH berjaya menewaskan Wolverhampton Wanderers 1-0 minggu lalu, kesebelasan Tottenham Hotspur diharap untuk terus cemerlang berdepan Nottingham Forest pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di City Ground pada Ahad.

Pengendali Spurs, Antonio Conte berkata, skuad kendaliannya itu perlu meneruskan momentum kemenangan untuk berada dalam kelompok empat pasukan teratas bersama Leeds United, Manchester City dan Arsenal.

Iklan
Iklan

"Kita perlu meneruskan kecemerlangan ini bagi mengekalkan kedudukan di kelompok teratas liga.

"Oleh itu, kesemua pemain perlu memberikan aksi terbaik dan memastikan kita berjaya meraih tiga mata berharga kali ini,” katanya.

Iklan

Spurs kini berada pada kedudukan keempat EPL setelah mengharungi tiga perlawanan dan dilihat berpeluang melonjak pada kedudukan lebih baik selepas ini.

Sementara itu, Conte turut menyuarakan kebimbangan terhadap masalah kecederaan beberapa tonggak seperti Christian Romero, Oliver Skipp, Lucas Moursa dan Bryan Gil menjelang aksi berdepan Forest.

Iklan

Katanya, pilihan akhir juga sedang dilakukan bagi menentukan senarai akhir pemain yang bakal beraksi di City Ground.

"Kita akan lakukan pemeriksaan akhir terhadap kesemua pemain ini bagi memastikan situasi terkini mereka sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.