Planet seperti filem “Waterworld” ditemui sekumpulan penyelidik

Iklan
Planet yang dipenuhi dengan air ditemui sekumpulan penyelidik di angkasa lepas. - Foto Benoit Gougeon, Université de Montréal

WASHINGTON - Para saintis baru-baru ini telah menemui 'planet lautan' yang mempunyai persamaan luar biasa dengan filem aksi yang dibintangi oleh aktor Kevin Costner pada tahun 1995 iaitu"Waterworld”.

Mereka berkata, planet tersebut terletak 100 tahun cahaya dari bumi dan dilitupi sepenuhnya oleh lapisan air yang tebal.

Iklan
Iklan

Planet itu mengorbit salah satu daripada dua bintang kecil yang terletak di buruj Draco dan ditemui oleh pasukan penyelidik antarabangsa.

Pasukan penyelidikan itu diketuai oleh Charles Cadieux iaitu pelajar doktor falsafah di Université de Montréal dan ahli Institut Penyelidikan Eksoplanet (iREx).

Iklan
Iklan

Teleskop angkasa lepas milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan iaitu TESS membolehkan para penyelidik meninjau angkas lepas untuk mencari sistem planet yang hampir dengan bumi. - Agensi