PKR umum senarai pelantikan Pengarah, Pengerusi Biro MPP
Iklan
Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil
SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan senarai nama bagi pelantikan jawatan Pengarah dan Pengerusi Biro Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang telah diputuskan melalui mesyuarat biro politik pada Rabu.
Antaranya pelantikan berkenaan adalah Pengarah Modal Insan, Syed Ibrahim Syed Noh; Timbalan Pengarah Modal Insan, Simon Ooi Tze Min; Pengarah Latihan, Nur Azrina Surip; Timbalan Pengarah Latihan, Hj Ismail Yusop; Pengarah Karyawan, Muhammad Bakhtiar Wan Chik; Timbalan Pengarah Karyawan, Gerald Hans Isaac.
Iklan
Iklan
Selain itu, Pengarah Aduan dan Kemasyarakatan, Siti Aishah Shaik Ismail; Pengarah Pemahaman dan Pemantapan Agama, Amidi Abd Manan; Pengarah Mobilisasi, Yahya Sahri; Pengarah Jaringan Industri, Hee Loy Sian; Pengarah Sukarelawan, Fahmi Zainol serta Pengarah Kesedaran dan Perubahan Iklim, Elizabeth Wong.
Sementara itu, pelantikan bagi jawatan seterusnya adalah Pengerusi Biro Antarabangsa, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Pengerusi Biro Kesihatan, Dr Lee Boon Chye; Pengerusi Biro Guaman, Sivarasa Rasiah; Pengerusi Biro Pekerja, Abdullah Sani; Pengerusi Biro Petani, Dr Azman Ismail; Timbalan Biro Petani, Dr Mohd Khairil Mohd Razi; Pengerusi Biro Orang Orang Kurang Upaya (OKU), Isaiah Jacob; Pengerusi Biro Orang Asli, Bob Manolan dan Pengerusi Biro Pekerja Ladang, Gunaraj George.
Iklan
Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, pelantikan tersebut bertujuan mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"PKR mengucapkan selamat berkhidmat kepada semua yang telah dilantik. Semoga dengan pelantikan kepimpinan-kepimpinan ini gerak kerja parti dalam memperjuang nasib serta mengangkat martabat rakyat dapat dipergiat dan mencapai kejayaan,” katanya dalam kenyataan menerusi siaran di Facebooknya pada Khamis.
Iklan
Barisan Nasional (BN) menegaskan tidak pernah bergaduh jauh sekali bermanja dengan Pakatan Harapan (PH) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua pihak mengekalkan hubungan profesional walaupun bertembung di gelanggang pilihan raya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786352/berita/politik/prn-johor-kita-tidak-pernah-bergaduh-bermanja-dengan-ph---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #BN
Kempen PRN Johor 2026 dah bermula ?️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.