Beli kerusi roda elektrik untuk anak sambung belajar
Iklan
Muhammad Danish Danial (kanan) ketika Sesi Pendaftaran Pelajar Baharu di UniSZA pada Khamis.
KUALA NERUS - Seorang mekanik nekad membelanjakan RM3,000 membeli kerusi roda elektrik demi melihat anaknya yang menghidap cerebral palsy menyambung pengajian di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini.
Solomon Muhammad Abdul Kari, 44, berkata, kerusi roda elektrik yang dibeli secara dalam talian itu digunakan untuk memudahkan anaknya bergerak.
Iklan
Iklan
Menurutnya, walaupun anaknya, Muhammad Danish Danial, 18, memiliki keupayaan yang terbatas, ia tidak mematahkan semangat anak kesayangannya itu mencapai impian untuk ke menara gading.
Sementara itu, Muhammad Danish Danial meluahkan rasa syukur dan gembira apabila berpeluang menyambung pengajian peringkat diploma di UniSZA.
Iklan
"Pada mulanya, saya agak kecewa dan sedih apabila permohonan pertama untuk ke universiti gagal. Sebab itulah, saya buat keputusan untuk teruskan pengajian di Tingkatan Enam.
"Saya ada menghantar borang rayuan dan dalam masa yang sama mendaftar untuk masuk ke Tingkatan Enam. Syukurlah, permohonan rayuan saya diterima untuk ke UniSZA," katanya yang menghidap cerebral palsy sejak lahir.
Iklan
Muhammad Danish Danial berkata, kedua ibu bapanya sudah pasti bimbang memikirkan sama ada dia boleh berdikari atau tidak apabila berada di universiti.
"Saya faham mereka bimbang, tetapi saya telah yakinkan kedua ibu bapa saya bahawa saya mampu berdikari dan boleh menyesuaikan diri walaupun berjauhan dengan mereka," katanya ketika ditemui pada Sesi Pendaftaran Pelajar Baharu di UniSZA pada Khamis.
Menurut Muhammad Danish Danial, kekurangan pada dirinya bukan halangan untuk terus menggapai kejayaan.
"Saya akan berusaha menyesuaikan diri sebagai seorang penuntut di universiti dan berharap kekurangan ini menjadi pembakar semangat kepada saya untuk beroleh keputusan cemerlang di samping mencapai cita-cita menjadi pensyarah," katanya.
Sementara itu, ibunya, Rusni Abdullah, 41, yang bekerja sebagai tukang jahit berkata, anaknya adalah seorang anak yang kuat dan tabah kerana di sebalik kekurangan fizikal dihadapi, anaknya gigih menuntut ilmu.
"Ini kali pertama kami berjauhan dengan dia, Insya- ALLAH saya yakin dia mampu berdikari walaupun segala keperluan harian termasuk mandi, menukar pakaian dan makan minum dia saya uruskan sejak dia lahir, ” katanya.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal