Apa beza mat rempit dengan geng layan konsert?

Iklan

KURANG seminggu sahaja lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan negara yang ke-65.

Hari yang dianggap cukup bersejarah dan signifikan kepada setiap warga Malaysia dan sudah pastinya menjadi kebanggaan kita.

Iklan
Iklan

Merak Jalanan bukanlah hendak bercerita tentang sejarah mahupun berhujah tentang semangat kemerdekaan yang semakin luntur.

Cuma mengambil sedikit semangat bulan ini, satu persoalan yang selalu bermain di kotak fikiran, cukup merdekakah jiwa dan mentaliti kita?

Iklan

Kita ambil satu contoh, isu ini 'cokia' sahaja bak kata orang Pulau Pinang, iaitu bab buang sampah.

Nampak macam mudah namun bermentaliti merdekakah kita apabila sampah yang sepatutnya dibuang di tempat sepatutnya, namun dibiarkan bersepah di merata tempat?

Iklan

Contoh terdekat, kita ambil kejadian sewaktu program permotoran RXZ Member 4.0 2022 yang berlangsung di Terengganu baru-baru ini.

Program besar dengan kehadiran Perdana Menteri sebagai perasmi, namun penyudahnya kisah 'lautan' sampah yang jadi bualan warga maya.

Tolak tepi soal kononnya penganjur tidak menyediakan kemudahan mencukupi, namun kita ada cara yang lebih berhemah daripada buang bekas makanan dan minuman itu merata-rata.

Apa salahnya jika kita bawa balik plastik makanan kita itu dan buanglah di tempat sepatutnya. Bukankah lebih elok begitu?

Ironinya, baru-baru ini yang pergi konsert penyanyi barat, Billie Eilish di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pun sama juga.

Tular video di media sosial, sampah tersebut dipercayai dibiarkan pengunjung yang beratur sebelum masuk stadium.

Hakikatnya, ia bukan kerana cara didikan mahupun latar belakang, tapi orang kita masih 'bermentaliti kelas ketiga'. Sedih tapi benar.