Liverpool perlu lakukan sesuatu: Klopp

Iklan
Pemain Liverpool, Luis Diaz cuba melepasi kawalan pertahanan Manchester United pada aksi EPL di Old Trafford pada Selasa. - Foto EPA

KEKALAHAN 1-2 kepada Manchester United pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford pada Selasa menjadikan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mahu melakukan sesuatu dalam usaha meraih kejayaan musim ini.

Menurut Klopp, sesuatu perlu dilakukan terhadap The Reds yang masih belum mencatatkan sebarang kemenangan setakat ini setelah terikat 2-2 dengan Fulham pada aksi pembukaan 6 Ogos lalu selain seri 1-1 dengan Crystal Palace pada 16 Ogos.

Iklan
Iklan

"Saya mengambil berat mengenai situasi ini. Ia agak membimbangkan sebenarnya apabila kita tewas mengejut kepada United.

"Apa pun, secara keseluruhannya, saya melihat inilah sebenanrya yang dimahukan oleh mereka (United), cara mereka bermain...ya, mereka lebih agresif sejak awal.

Iklan

"Oleh itu, tidak salah kalau dikatakan kekalahan ini juga sebenarnya berpunca daripada kesilapan kita sendiri,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, United membuka jaringan menerusi Jadon Sancho pada minit ke-16, diikuti Marcus Rashford pada minit ke-53 sebelum Mohamed Salah menjaringkan gol tunggal Liverpool pada minit ke-81.

Iklan

Mengulas mengenai ‘perang mulut’ yang berlaku antara James Milner dan Virgil Van Dijk pada lewat perlawanan, Klopp menegaskan ia hanya perkara biasa yang berlaku selepas mana-mana perlawanan.

Malah katanya, setakat ini memang tidak apa-apa isu yang timbul dalam kalangan pemain hingga boleh menganggu keharmonian pasukan.

"Bagi saya perkara itu hanya perkara biasa dan berlaku dalam mana-mana perlawanan, tidak apa yang perlu dibimbangkan,” katanya.