Bos meteorologi dipecat gara-gara bunga api

Iklan
Gambar fail menunjukkan letupan bunga api di Sungai Danube, Budapest sempena cuti hari kebangsaan di negara itu. - Foto Reuters

BUDAPEST - Kerajaan Hungary pada Isnin memecat ketua perkhidmatan cuaca negara itu dan timbalannya iaitu dua hari selepas pertunjukan bunga api untuk meraikan cuti kebangsaan Hungary ditangguhkan pada Sabtu lalu kerana bimbang tentang kejadian ribut akan berlaku.

Menteri Teknologi, Lazlo Palkovics memecat ketua perkhidmatan itu, Kornelia Radiics dan timbalannya, Gyula Horvath daripada tugas mereka tetapi tidak memberikan sebarang sebab-sebab pemecatan.

Iklan
Iklan

Kementerian itu tidak menjawab panggilan telefon daripada AFP.

Namun, pengumuman itu dibuat sehari selepas media pro-kerajaan mengkritik Perkhidmatan Meteorologi Negara (NMS) kerana ramalan agensi itu tentang ribut petir dan tiupan angin yang menyebabkan pembatalan pertunjukan bunga api pada Sabtu lalu.

Iklan

Kira-kira 40,000 bunga api telah disediakan untuk dilancarkan di tepi tebing Sungai Danube di Budapest pada Sabtu lalu.

Akhbar dalam talian, Origo berkata, agensi itu telah memberikan maklumat yang mengelirukan mengenai cuaca buruk.

Iklan

Agensi NMS itu memohon maaf pada Ahad dengan memetik faktor ketidakpastian yang wujud berhubung ramalan cuaca.

Pertunjukan bunga api itu yang dianggap terbesar di Eropah itu telah dijadualkan semula pada akhir minggu ini.

Pihak pembangkang sebelum ini menggesa pembatalannya dan mengecamnya sebagai pembaziran wang yang tidak berguna ketika negara itu menghadapi masalah ekonomi.

Pada tahun 2006, perayaan tahunan itu dilanda ribut ganas sehingga mengorbankan lima orang dan beberapa ratus lagi cedera dalam kalangan lebih sejuta penonton yang telah berkumpul untuk di tebing Danube, Budapest. - Agensi