Pelajar buli di MRSM Kuantan dipindahkan
Iklan
Laporan Sinar Harian 13 Ogos lalu.
KUCHING - Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan mengambil tindakan disiplin dan memindahkan beberapa pelajarnya yang dilaporkan membuli seorang pelajar perempuan maktab itu baru-baru ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Hasbi Habibollah berkata, tindakan itu dibuat tanpa didedahkan kepada umum bagi memastikan MRSM terus menjadi pusat pembelajaran yang kondusif dan selamat.
Iklan
Iklan
"Walaupun kes itu terpencil, Mara tidak berdiam diri dan tindakan telah diambil dengan memindahkan pelajar yang membuli ke tempat lain," katanya pada sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini hari ini.
Media melaporkan, tular di Facebook seorang wanita mendakwa anaknya dibuli di MRSM berkenaan sejak Jun lepas dan pihak asrama dikatakan lambat bertindak menangani isu itu.
Iklan
Susulan itu, wanita itu bertindak membuat laporan polis serta merujuk anaknya ke hospital kerana pihak asrama menyatakan anaknya mengalami masalah keresahan.
Dalam perkembangan lain, Hasbi berkata, bagi memberi peluang kepada lebih ramai anak Sarawak memasuki MRSM, MRSM Bintulu yang dijangka siap pada tahun ini akan memulakan operasinya tahun hadapan manakala MRSM di Lawas masih di peringkat tender.
Iklan
Pada majlis itu, 40 kakitangan Mara Sarawak menerima anugerah masing-masing atas prestasi perkhidmatan cemerlang yang telah ditunjukkan. - Bernama
Walaupun motosikal yang ditunggang tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan, dua anggota polis trafik dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang tetap tampil membantu atas dasar kemanusiaan dengan menunda sebuah motosikal Yamaha RX-Z yang mengalami kerosakan sejauh tiga kilometer (km), lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Sarjan Yufaiza Azha Yunos, 41, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang pada Isnin di Jalan Marang-Bukit Payung (Bukit Kor) berhampiran sebuah universiti swasta yang tidak berpenghuni.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768511/berita/semasa/abang-trafik-tunda-3km-rxz-rosak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.