Bangga mentaliti positif skuad FAM-MSN

Iklan
Pertahanan skuad FAM-MSN berjaya mengekang asakan daripada penyerang import Perak FC Stipe Plazibat (kanan) pada aksi Liga Premier 2022 di Stadium Perak, pada Ahad. - Foto Bernama

PENGENDALI skuad FAM-MSN, Hassan Sazali Waras berbangga dengan mentaliti positif dipamerkan skuad kendaliannya itu sehingga mampu mencatatkan kemenangan sulung musim ini dengan 'membenam' Perak FC 3-1, pada aksi Liga Super di Stadium Perak, pada Ahad.

Menurut beliau, kesemua pemain dilihat memahami percaturan taktikal yang diterapkan bagi menghasilkan kejayaan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Pusingan pertama dulu kita tewas di home, saya tak jangka kita dapat menang dengan Perak FC (di Stadium Perak) kerana mereka dah dapat bariskan pemain terbaik setelah jendela perpindahan dibuka sebelum ini.

"Apa pun, diharapkan kemenangan ini menjadi titik permulaan untuk pemain menjadi lebih yakin untuk bermain pada baki tiga perlawanan akan datang," katanya sejurus tamat perlawanan pada Ahad.

Iklan

Pada aksi Liga Premier berkenaan, skuad FAM-MSN dilihat mempamerkan aksi bertenaga bagi menafikan hasrat Perak FC untuk meraih tiga mata berharga di hadapan penyokong sendiri.

Biarpun penyerang import skuad The Bos Gaurus, Stipe Plazibat membuka jaringan seawal minit keenam; namun kesebelasan muda skuad FAM-MSN dilihat tidak berputus asa untuk terus mengasak ke gawang tuan rumah hingga berjaya menghasilkan jaringan menerusi Muhammad Amirul Akmal Safarinizam pada minit ke-43, Muhammad Izzat Zikri Iziruddin (min-56) dan Muhammad Farris Izdiham Awang Kechik pada minit ke-60.

Iklan

Sementara itu, Hassan Sazali menegaskan beliau turut menerapkan corak permainan berintesiti tinggi kepada skuad kendaliannya itu agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan corak sedemikian pada masa akan datang.

"Semua pihak perlu tahu bahawa pasukan ini merupakan pasukan pembangunan di peringakt akar umbi dan mereka ini rata-ratanya cetek pengalaman.

"Tugas saya adalah untuk memberikan pendedahan terutamanya memberikan mereka minit-minit permainan di peringkat Liga Premier ini di mana kebanyakan pasukan turut membariskan pemain-pemain senior dan import.

"Oleh itu, diharapkan mereka dapat beraksi dengan intesiti yang secukupnya dan seterusnya membantu mematangkan lagi mereka pada masa akan datang," katanya.