Lelaki maut kereta dipandu langgar pokok

Iklan
Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Kilometer 14 Jalan Muar-Yong Peng, Batu Pahat pada Ahad.

BATU PAHAT - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas melanggar sebatang pokok di Kilometer 14 Jalan Muar-Yong Peng di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, anggota dari Balai Polis Sri Medan menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 2.30 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kemalangan itu dipercayai berlaku pada jam 2.08 petang semasa mangsa, Mohd Nasir Ahmad, 36, memandu dari arah Yong Peng ke Sri Medan.

"Mangsa yang tersepit telah dikeluarkan dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Komander Operasi dari BBP Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Hafiz Othman berkata, seramai 10 anggota dibantu satu jentera Fire Rescue Tender dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dikejarkan ke tempat kejadian.

Iklan

"Kemalangan ini melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga dan operasi tamat pada jam 2.36 petang," katanya.