Bajet 2023: MOTAC mohon lebih banyak bantuan, subsidi
Iklan
Nancy - Foto Bernama
SIMUNJAN - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berharap lebih banyak bantuan serta subsidi diberikan buat pemain industri pelancongan menerusi Bajet 2023 yang dijangka dibentang pada Oktober ini.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, perkara itu harus dipertimbangkan Kementerian Kewangan (MOF) lebih-lebih lagi dalam mengambil kira impak positif industri pelancongan kepada ekonomi negara secara keseluruhannya.
Iklan
Iklan
Selain itu, beliau berharap fokus turut diberikan kepada usaha menaik taraf prasarana pelancongan negara supaya lebih berkualiti.
"Saya minta perkara ini diambil perhatian kerana jika industri pelancongan dibantu secara tidak langsung aktiviti dalam sektor lain seperti pengangkutan, makanan serta jualan akan lebih baik kerana mobiliti pelancong.
Iklan
"Apabila ini semua berlaku, ekonomi negara secara keseluruhannya akan lebih rancak dan bertambah baik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis pelancaran Esplanade Simunjan di sini pada Sabtu.
Pada 15 Ogos lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, Bajet 2023 akan terus memberi penekanan kepada kebajikan Keluarga Malaysia serta mengambil kira kesediaan negara berdepan kemungkinan krisis ekonomi global yang lebih mencabar. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Jerebu: Malaysia tunggu pengesahan Indonesia gerakkan aset bantuan - Fahmi"><meta itemprop="description" content="Malaysia masih menunggu pengesahan daripada pihak Indonesia untuk mengerakkan aset-aset yang boleh digunakan bagi membantu menangani kebakaran hutan di negara itu, yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan.
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada Jemaah Menteri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795540/berita/nasional/jerebu-malaysia-tunggu-pengesahan-indonesia-gerakkan-aset-bantuan---fahmi
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jerebu #FahmiFadzil #tanganijerebu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T11:42:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5wspa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5wspa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5wspa"></script>