Hanya 4 gambar pembesar boleh dipamer: Mohd Amar
Iklan
Mohd Amar Nik Abdullah
KOTA BHARU - Hanya empat gambar pembesar negeri dibenarkan untuk dipamerkan di semua premis kerajaan negeri dan Persekutuan di Kelantan berdasarkan surat yang dikeluarkan oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Beliau berkata gambar-gambar tersebut ialah Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, ayahanda baginda Sultan Ismail Petra dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub.
Iklan
Iklan
"Ini yang saya faham daripada surat yang dikeluarkan pejabat SUK Isnin lepas. Lain daripada itu saya tidak tahu, bergantung kepada pejabat kerajaan Persekutuan. Saya nak tafsir pun tidak pandai... sebab itu kena rujuk kepada orang yang buat surat kerana dia yang lebih tahu pasal kandungan surat itu,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Mohd Amar mengesahkan surat itu adalah benar dan mempunyai tandatangan daripada pejabat SUK.
Iklan
Iklan
Timbalan SUK Datuk Adnan Hussin dalam satu pekeliling yang dikeluarkan pada 1 April lepas mengarahkan hanya empat gambar pembesar negeri digantung di semua premis kerajaan negeri dan Persekutuan manakala gambar-gambar selain itu adalah dilarang, dan pekeliling itu kemudiannya menjadi tular di media sosial sejak Isnin lepas, malah ada yang mempertikai kesahihannya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula"><meta itemprop="description" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #perahukolek #tengkujuh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-07T05:00:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P190S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbuhepy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbuhepy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbuhepy"></script>