SUKIPT 2022: Humairah sumbang dua emas buat UM

Iklan
Humairah meraikan kejayaannya meraih dua emas buat UM di gelanggang taekwondo.

MENJADI pengganti di saat akhir tidak menjadi penghalang buat Nur Humaira Abdul Karim untuk meraih emas dalam acara taekwondo kategori individu poomsae wanita di temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT 2022).

Dalam saingan yang berlangsung di Dewan SITC kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Humaira meraih emas selepas mendapat 8.52 mata daripada pihak juri.

Iklan
Iklan

Perak dimenangi atlet Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Lim Jia Wei dengan skor 8.54, manakala gangsa dimenangi wakil Tunku Abdul Rahman University College (TARUC).

"Sebenarnya agak terkejut, bila diminta saat akhir untuk beraksi dalam kategori ini kerana sepatutnya kakak (Nur Hidayah) yang diturunkan. Tapi sebab dia ada kecederaan, jadi saya yang kena ganti dia.

Iklan

"Malah saya juga turut gembira kerana berjaya sumbang emas untuk Universiti Malaya (UM) pada penampilan SUKIPT pertama saya,” katanya selepas perlawanan.

Kejayaan yang diraih Humairah itu tidak berhenti di situ sahaja, apabila dia turut membantu pasukan taekwondo wanita untuk meraih emas acara poomsae wanita berkumpulan.

Iklan

Bergandingan bersama kakaknya, Hidayah dan satu lagi atlet taekwondo UM, Monica Lo Mei Yuen berjaya memungut 8.516 mata sekaligus meninggalkan pencabar terdekat UPSI di tempat kedua yang memperoleh 8.082 mata.

Gangsa dimenangi pasukan Asia Pacific University (APU) yang berjaya memperoleh 8.066 mata.