KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi fokus terhadap pemulihan projek kapal tempur pesisir (LCS) bagi memastikan projek itu kembali ke landasannya seperti yang telah ditetapkan jemaah menteri.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam hantaran menerusi Facebook beliau berkata, rundingan dengan pihak vendor, pengilang peralatan asal (OEM) dan perbankan sedang dimobilisasikan.