NASA mahu jejak Marikh 2033

Iklan
NASA mahu realisasikan misi ke bulan dan Marikh secepat mungkin.

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) pernah menyatakan dengan jelas bahawa ia mahu menghantar angkasawan ke bulan pada 2024.

Kini, ia mengumumkan rancangan untuk menghantar manusia ke planet Marikh pada 2033.

Iklan
Iklan

Pentadbir NASA, Jim Bridenstine berkata, untuk mencapai matlamat dan bahagian lain dalam program termasuk pendaratan di bulan, ia perlu dilakukan segera.

"Kita mahu mendarat di Marikh pada 2033 selepas pendaratan di bulan," kata bekas ahli Kongres Parti Republikan tersebut.

Iklan

Bagaimanapun, ramai pakar khuatir NASA tidak dapat menepati tarikh akhir tersebut susulan penangguhan dalam pembangunan roket baharu mereka, Space Launch System yang dibina syarikat gergasi aeroangkasa, Boeing.

Difahamkan, sebarang misi ke planet merah itu akan mengambil tempoh selama dua tahun berbanding tiga hari yang diperlukan untuk tiba di bulan.

Iklan

Perjalanan ke Marikh hanya boleh dilakukan apabila planet merah itu berada di sisi sama matahari seperti bumi yang berlaku setiap 26 bulan.

Jadi, tahun tersebut adalah pada 2031 dan 2033. - AFP