GTA tidak bersifat perkauman, tumpu usaha lawan UMNO
Iklan
Gerakan Tanah Air mempertaruhkan calonnya di 120 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) bagi melawan UMNO. - Foto Facebook Dr Mahathir Mohamad.
SHAH ALAM - Gerakan Tanah Air (GTA) tidak bersifat perkauman sebaliknya menumpukan usaha melawan sebuah parti Melayu yang telahpun menyeleweng iaitu UMNO.
Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, gerakan tersebut diadakan sebagai tempat orang Melayu menentukan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi dan bersama mendapat tempat mereka dalam negara berbilang kaum ini.
Iklan
Iklan
"Dalam pilihan raya, kita sebagai GTA akan menentang UMNO dan kita harap mendapat sokongan daripada rakyat, bukan kerana mereka ahli parti sebaliknya sebagai orang Melayu yang sedar dan curiga dengan masa depan,” katanya melalui siaran di Facebook beliau pada Ahad.
Pada Khamis, Dr Mahathir melancarkan GTA terdiri daripada parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), profesional dan ahli perseorangan.
Iklan
Bekas Perdana Menteri itu mengumumkan gabungan berkenaan akan mempertaruhkan calonnya di 120 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi menentang UMNO dan kesemua kerusi tersebut diletakkan di kawasan majoriti penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia.
Jelas Dr Mahathir, penubuhan gerakan tersebut bukan untuk merampas harta orang bukan Melayu atau menyekat orang Melayu daripada berusaha mendapat kekayaan.
Iklan
"Sebaliknya kita berusaha untuk perbetulkan kedudukan orang Melayu supaya mereka juga akan dapat bahagian di dalam negara kita ini.
"Kita jemput semua orang Melayu yang berasa curiga tentang masa depan mereka menyertai kita ataupun sekurang-kurangnya menyokong perjuangan kita dalam pilihan raya akan datang.
"PRU15 nanti kita akan bertanding sebagai satu gerakan dan akan letak calon-calon daripada parti politik, NGO, individu tertentu, golongan profesional dan akademik,” ujarnya.
BERITA SEMASA 3 MEI 2024
Pimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah mendapatkan penjelasan daripada Khairul Azhari Saut berkaitan isu hutang, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkembangan tersebut akan dimaklumkan sendiri kepada umum oleh calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu itu kerana ia melibatkan isu peribadi.
Sebelum ini tular satu hantaran di media sosial yang mempersoalkan kredibiliti calon PN kelahiran Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Baharu itu yang didakwa masih dibelenggu hutang bernilai RM37,363 dengan syarikat penyedia perkhidmatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662633/berita/politik/isu-hutang-calon-pn-pimpinan-bersatu-sudah-diberi-penjelasan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com