[VIDEO] BN Selangor pertaruh tiga calon 'think tank'
Iklan
Dari kiri: Rizam, Isham dan Prof Dr Haim Hilman merupakan taruhan BN untuk rampas kembali Selangor pada PRU15.
SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) Selangor mempertaruhkan tiga calon ahli pemikir atau 'think tank' pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang dalam usaha membentuk saf kepimpinan bertaraf ahli strategik dan intelek di negeri itu.
Ketua Komunikasi BN Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, peranan ahli strategik sangat penting bagi mendepani pola baharu pengundi pasca PRU14 khususnya dalam kalangan pengundi berusia 18 tahun yang dipercayai masih dipengaruhi politik persepsi.
Iklan
Iklan
Menurutnya, tiga calon itu adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil; Ketua Pembangkang Negeri Selangor, Datuk Rizam Ismail dan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Haim Hilman Abdullah.
Ujarnya, kesemua calon itu mempunyai pengalaman luas dalam bidang politik, kemasyakatan dan pentadbiran awam sesuai dengan keperluan pelan jangka panjang pembangunan sosial ekonomi BN Selangor.
Iklan
"Isham merupakan seorang pejuang sosial melalui platform politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mempunyai pelbagai kepakaran gerak saraf dan sosiologi untuk merangka pentadbiran kerajaan dan menangani isu-isu rakyat.
"Beliau yang mempunyai latar belakang akademik dalam bidang pentadbiran dari United Kingdom turut berpengalaman menjawat beberapa posisi penting dalam organisasi kerajaan termasuk di syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM)," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Iklan
Sementara calon kedua, Rizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tawar bertanggungjawab penuh terhadap usaha menentang polisi-polisi kerajaan Pakatan Harapan di Selangor yang membabitkan pengabaian hak rakyat dan salah laku tadbir urus kerajaan negeri.
Tambahnya, Rizam mempunyai latar belakang akademik dalam bidang kepimpinan dan pengurusan dari Australia, turut menjawat jawatan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Manakala Profesor Dr Haim Hilman katanya, merupakan seorang penganalisis politik yang banyak menyumbang idea dan pandangan berkaitan perkembangan politik Melayu di Malaysia pada pasca PRU14.
"Kecemerlangan beliau dalam bidang pengurusan strategik dan pentadbiran dengan pelbagai penyelidikan di peringkat antarabangsa menjadikan beliau antara Naib Canselor universiti termuda di negara ini dilantik ke jawatan itu pada usia sekitar 40-an," katanya.
Jamal berkata, BN Selangor yakin dengan mengetengahkan calon ahli pemikir itu bukan sahaja mampu membawa kemenangan kepada BN malah turut mengubah landskap politik Selangor ke arah kerajaan intelek dan mesra generasi muda.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.
Menurut beliau, soalan tersebut diajukan secara langsung kepadanya selepas dua pimpinan kanan Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terlebih dahulu menghadiri pertemuan dengan pihak kedutaan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794980/berita/politik/abdul-hadi-dedah-kedutaan-as-pernah-risik-calon-pm-daripada-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.