Malaysia, Thailand sama kuat di Vietnam
Iklan
Aksi Harimau Muda B-19 menentang Thailand dalam perlawanan Kejuaraan Bola Sepak Antarabangsa Thanh Nien di Stadium Binh Duong, Vietnam pada Jumaat.
SKUAD Harimau Muda Bawah 19 (B-19) tahun negara dan Thailand menampilkan aksi sama kuat selepas terikat tanpa jaringan dalam aksi Kejuaraan Bola Sepak Antarabangsa Thanh Nien di Stadium Binh Duong, Vietnam, pada Jumaat.
Thailand yang tampil pasukan pilihan kejohanan tidak menunggu lama untuk menguji gawang skuad kendalian Hassan Sazali Waras dalam perlawanan tersebut.
Iklan
Iklan
Namun ketangkasan penjaga gol, Syahmi Adib Haikal menyelamatkan deretan percubaan lawan sepanjang 45 minit babak pertama.
Skuad B-19 negara yang berstatus juara Kejuaraan B-19 AFF 2022 tampil lebih garang babak kedua, namun ketumpulan penyudah sekali lagi menyaksikan kedua-dua pasukan buntu di penghujung saingan.
Iklan
Anak buah Hassan Sazali akan berdepan tuan rumah, Vietnam, Ahad sebelum melabuh kempen menentang Myanmar, pada Selasa ini.
Anjuran Konfederasi Bola Sepak Vietnam (VFF) menyaksikan dua pasukan teratas liga sepusingan itu berentap di perlawanan akhir 11 Ogos ini.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>