Kerajaan Kelantan wujud 30 Darul Niswah bantu wanita

Iklan
Mumtaz (duduk tengah) selepas merasmikan merasmikan Darul Niswah Wakaf Bharu di sini pada Ahad. Turut hadir, Mohd Rusli. - Foto Mumtaz Md Nawi Official

TUMPAT - Kerajaan Kelantan telah mewujudkan 30 Darul Niswah sejak tahun 2005 hingga kini demi menjaga kebajikan dan pembangunan golongan wanita di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Datuk Mumtaz Md Nawi berkata, Darul Niswah dijadikan sebagai pusat yang menyelaras dan menggabungkan aktiviti golongan wanita dalam pelbagai kemahiran dan aktiviti keusahawanan.

Iklan
Iklan

Katanya, kerajaan negeri komited untuk merealisasikan Darul Niswah sebagai Pusat Aktiviti Sepadu Wanita atau ‘Women Activity Centre’ di setiap Parlimen khusus untuk golongan wanita dalam skala yang kecil.

"Darul Niswah yang diuruskan menerusi Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) itu sejak 2005 sehingga tahun ini telah menerima seramai 6,826 orang pelatih secara percuma dan daripada jumlah itu seramai 3,927 pelatih telah berjaya bergraduasi.

Iklan

"Antara fokus yang diberikan menerusi Darul Niswah adalah program kemahiran membabitkan jahitan tangan, kraftangan, pemprosesan masakan dan minuman sihat, kursus kulinari desa yang menfokuskan makanan tradisional, makanan barat dan kuih-muih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas merasmikan Darul Niswah Wakaf Bharu di sini pada Ahad yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu, Mohd Rusli Abdullah dan Pengerusi Darul Niswah Wakaf Bharu, Halimaton Ishak.

Iklan

Mengulas lanjut, Mumtaz berkata, pihaknya turut berharap dengan penubuhan Darul Niswah ia akan menjadi antara tempat wajib dilawati dan menjadi hab pelancongan yang turut menawarkan hasil kraftangan wanita Kelantan.

Katanya, produk kraftangan seperti ‘pouch’ dan ‘tote bag’ telah berjaya memasuki pasaran antarabangsa seperti Jepun selain ia turut dijadikan barangan cenderahati oleh wakil kerajaan negeri yang mengunjungi negara luar seperti ke Jepun, China, London, Dubai, Mesir dan Turki.

"Kita akan merangka pelbagai lagi program yang boleh memberi manfaat kepada wanita selain kerajaan negeri turut berharap Darul Niswah bukan sahaja akan menjadi pusat sehenti, bahkan akan menjadi"pusat kecemerlangan wanita’.

"Malah, menerusi Darul Niswah ini juga ia dapat membantu menjana pendapatan golongan wanita sekitar RM1,000 dan mencecah sehingga RM20,000 sebulan berdasarkan kemahiran mereka,” katanya. - Bernama