Sinar Harian bawa pendekatan neutral
Iklan
Gambar kecil: Norden
SHAH ALAM - Bekas Ketua Pengarang Sinar Harian, Norden Mohamed menyifatkan Sinar Harian merupakan akhbar yang tampil membawa pendekatan neutral dan seimbang dalam pelaporan berita.
Beliau berkata, dengan slogan ‘Media Arus Perdana Nombor Satu Paling Diyakini’ itu menyediakan ruang dan peluang buat semua pihak bagi menyatakan pendirian mereka.
Iklan
Iklan
"Sinar Harian muncul sebagai akhbar yang seimbang dalam menyampaikan berita atau pandangan daripada pelbagai pihak terutamanya apabila melibatkan politik.
"Pada peringkat awal, ramai yang menyangkakan akhbar ini tidak ada pendirian, macam lalang. Sedangkan kita bukan bertujuan untuk menyokong sesiapa.
Iklan
"Kita beri kedua-dua pihak (kerajaan dan pembangkang) peluang untuk bersuara,” katanya kepada Sinar Ahad.
Jelas Norden, Sinar Harian juga merupakan akhbar pertama yang berani menghasilkan program wacana secara terbuka menampilkan individu dengan latar belakang yang berbeza.
Iklan
"Sinar Harian merupakan akhbar pertama mengadakan wacana terbuka di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam mengenai pilihan raya dan kita jemput panel daripada parti pembangkang,” ujarnya.
Katanya, dengan menggunakan pendekatan bebas ditambah sokongan akar umbi, akhbar ini mampu bertahan ketika kebanyakan akhbar lain merudum.
"Meskipun akhbar lain semua merudum dan bertukar tangan (pemilik), tetapi lihat bagaimana Sinar Harian tetap kekal dengan peranannya,” jelas beliau.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79"><meta itemprop="description" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-22T12:28:15.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P180S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbbg4c2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbbg4c2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbbg4c2"></script>