Peluang menjadi wakil pemasaran
Iklan
Salah satu kumpulan jemaah Umrah kendalian Ukhwah Harmoni.(Gambar kecil: Muhammad Haziq Mohd Abd Rahman)
MELAKA TENGAH - Ukhwah Harmoni Travel & Tours Sdn Bhd sentiasa membuka peluang kepada individu untuk menjadi wakil pemasaran syarikat terbabit sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa.
Pengurus Besarnya, Muhammad Haziq Mohd Abd Rahman berkata, syarikat turut menyediakan kursus khas bagi memberikan kemahiran asas buat mereka yang berminat berkecimpung di dalam bidang terbabit.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pelbagai insentif disediakan buat mereka, selain menjanjikan pendapatan, wakil pemasaran di Ukhwah Harmoni turut disediakan peluang melancong serta mengerjakan ibadah Umrah secara percuma.
"Di dalam sesi kursus yang disediakan bakal wakil pemasaran akan diterapkan ilmu-ilmu tentang pemasaran dan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat di samping kaedah bagaimana untuk mendekati pelanggan.
Iklan
"Sasaran kami untuk meletakkan wakil pemasaran di setiap negeri supaya mampu berdaya saing seiring dengan agensi pengendali pelancongan dan umrah yang lain di negara ini," katanya.
Muhammad Haziq berkata, Ukhwah Harmoni kini sudah memasuki tahun kesembilan sejak penubuhan syarikat itu pada 2012.
Iklan
"Selain di pejabat utama di Pusat Niaga di Bukit Baru Utama, kami juga mempunyai cawangan di Taman Seri Telok Mas, Melaka dan di Kelantan.
"Setakat ini kami mempunyai hampir 40 wakil pemasaran di seluruh negara dan kita sentiasa membuka peluang dan ruang untuk mereka yang berminat tanpa mengira peringkat usia," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>