Beberapa orang cedera serangan bom kereta di Somalia

Iklan
Ramai dilaporkan cedera dalam satu insiden serangan bom kereta yang menyasarkan sebuah hotel popular di bandar Jowhar, selatan Somalia pada Ahad. - Foto Anadolu Agency

MOGADISHU - Ramai dilaporkan cedera dalam satu insiden serangan bom kereta yang menyasarkan sebuah hotel popular di bandar Jowhar, selatan Somalia pada Ahad, menurut pihak berkuasa.

Antara mangsa yang cedera termasuk menteri kesihatan negeri, Hirshabelle, lapor Anadolu.

Iklan
Iklan

Jowhar ialah pusat pentadbiran negeri Hirshabelle, terletak 90 kilometer di utara Mogadishu.

Saksi kejadian memberitahu Anadolu letupan itu turut menjejaskan bangunan berhampiran.

Iklan

Setakat ini, belum ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu. - Bernama

Iklan