Langkah penjimatan wajar dilaksanakan
Iklan
Mustapa berucap dalam Seminar Pasaran Buruh - Program Outreach Pemprofilan Pencari Kerja Peringkat Negeri Kelantan 2022 sempena Karnival Aspirasi Keluarga Malaysia di Dewan Utama Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian hari ini. Foto Bernama.
KOTA BHARU - Pelaksanaan penjimatan dalaman bagi membolehkan perbelanjaan disalurkan kepada rakyat merupakan langkah wajar.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan akan terus membantu rakyat walaupun peningkatan subsidi kini mencecah kira-kira 7 bilion.
Iklan
Iklan
"Kita mengambil langkah penjimatan dengan melihat semula belanja mengurus membabitkan projek pembangunan.
"Bagaimanapun, kerajaan akan meneruskan projek yang sudah bermula. Saya juga sudah berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk membatalkan beberapa projek tertentu yang belum dimulakan," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian mengenai langkah penjimatan dalaman kepada semua kementerian, jabatan, agensi, badan berkanun persekutuan dan syarikat terhad dengan jaminan (CLBG).
Mustapa berkata kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pasaran Buruh Dan Pembentangan Hasil Program Outreach Pemprofilan Pencari Kerja Peringkat Negeri Kelantan 2020 Sempena Karnival Kerjaya Aspirasi Keluarga Malaysia pada Ahad.
Iklan
Hadir sama, Ketua Bahagian Perkhidmatan Maklumat dan Analisa Pekerjaan Sip Perkeso, Ummar Jai Kumar Abdullah; Pengarah Perkeso Negeri, Nora Yaakob dan Pengarah Jabatan Perangkaan Kelantan, Fareza Mohamed.
Arahan itu dikeluarkan melalui Pekeliling Perbendaharaan Malaysia bertajuk 'Garis panduan penjimatan perbelanjaan awam' bagi membolehkan perbelanjaan itu disalurkan kepada rakyat.
Pekeliling terbabit ditandatangani Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Seri Asri Hamidon dan berkuat kuasa mulai Jumaat.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="KPKT sasar satu pasar awam setiap negeri jadi produk pelancongan"><meta itemprop="description" content="KPKT sasar satu pasar awam setiap negeri jadi produk pelancongan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya sebuah pasar awam di setiap negeri dibangunkan sebagai mercu tanda dan destinasi pelancongan bagi menarik lebih ramai pengunjung, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, sasaran itu memberi tumpuan kepada pasar awam berpotensi, khususnya di kawasan pelancongan serta ibu negeri menerusi pendekatan transformasi reka bentuk dan kemudahan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806572/berita/nasional/kpkt-sasar-satu-pasar-awam-setiap-negeri-jadi-produk-pelancongan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kpkt #pasarawam #produkpelancongan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T05:18:06.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xqom"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xqom"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xqom"></script>