Lesen tamat tempoh, tiada perlindungan insurans
Iklan
Antara kenderaan yang diperiksa dalam Operasi Khas Motosikal Hari Raya Aidiladha (HRAA) pada Rabu. Foto: Ihsan JPJ
KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengeluarkan 227 saman kepada pemandu kenderaan kerana melakukan pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Motosikal Hari Raya Aidiladha (HRAA) pada Rabu.
Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, daripada jumlah itu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans merupakan kesalahan paling banyak dikesan iaitu sebanyak 117 kes.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, sebanyak 81 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya kerana tiada lesen memandu dan lesen memandu tamat tempoh serta kesalahan lain seperti tiada cermin sisi serta ubahsuai kenderaan.
"Kita turut menyita 11 kenderaan berikutan kesalahan berkaitan LKM selain lima individu ditahan kerana ujian saringan air kencing didapati positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Iklan
Zulkarnain berkata, secara keseluruhan sebanyak 749 kenderaan telah diperiksa sepanjang operasi tersebut dengan 168 kenderaan diambil tindakan.
Jelas beliau, HRAA dilaksanakan di empat lokasi melibatkan 89 pegawai dan anggota dari JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Iklan
"Operasi ini diadakan untuk memastikan pemandu kenderaan sentiasa mematuhi peraturan serta undang-undang di jalan raya sekaligus mengurangkan kemalangan khususnya yang melibatkan kematian,” katanya.
Sebuah syarikat membuat dan menjual perabot serta dua ahli lembaga pengarahnya dihadapkan ke mahkamah atas 58 pertuduhan gagal membayar cukai jualan membabitkan jumlah keseluruhan RM320,337.84.
Syarikat tersebut, Seng Cushion Sdn Bhd bersama dua pengarahnya, Ng Eng Chen, 64 dan Lim Paik Eng, 62 didakwa gagal membayar cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar bagi tempoh bercukai antara tahun 2019 hingga 2024.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769501/berita/semasa/dua-pengarah-syarikat-perabot-didakwa-gagal-bayar-cukai-jualan-lebih-rm320000
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.