Galak carum Perkeso, rebut 8 manfaat
Iklan
Peserta bergambar bersama kakitangan Perkeso selepas tamat program, semalam.
SEREMBAN - Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso) galak pemandu teksi, bas sekolah dan perkhidmatan seumpamanya agar mencarum dengan agensi berkenaan supaya mereka dilindungi di bawah lapan faedah yang ditawarkan.
Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Perkeso Negeri Sembilan, Halzere Halim berkata, lapan faedah berkenaan ialah perubatan, hilang upaya sementara, hilang upaya kekal, elaun layanan sentiasa, orang tanggungan, pengurusan mayat, pemulihan dan pinjaman pendidikan.
Iklan
Iklan
"Skim ini memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kecederaan semasa bekerja selain layak mendapat faedah tersebut.
"Perkara itu termaktub di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 melalui Skim Bencana Pekerjaan,” katanya selepas selesai Program Taklimat Perkeso, di sini, semalam.
Iklan
Katanya, pihaknya sedia memberi penjelasan berhubung tawaran berkenaan selain boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web Perkeso.
Menurutnya, terdapat 355 pemandu teksi di negeri ini telah membuat caruman dari Januari hingga Mac 2019.
Iklan
Sementara itu, 17 daripada 26 Ahli Persatuan Pengusaha Pengangkutan Awam Labu Nilai tidak melepaskan peluang untuk mendaftar dan mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.
Setiausahanya, Nuremi Aqmal Nor Azman berkata, pihaknya mengakui program taklimat Perkeso yang diadakan mendapat sambutan baik di kalangan ahli.
"Kami menggalakkan agar kesemua ahli persatuan mendaftar dan mencarum dengan Perkeso agar mereka mendapat pelindungan sekiranya ditimpa musibah,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Portfolio enam Exco Negeri Sembilan ditetapkan dalam waktu terdekat - MB"><meta itemprop="description" content="Portfolio enam Exco Negeri Sembilan ditetapkan dalam waktu terdekat - MB
Portfolio enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang baru dilantik akan ditetapkan dalam tempoh terdekat, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, beliau memerlukan sedikit masa untuk meneliti kesesuaian portfolio setiap Exco, memandangkan jumlah Exco yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ketika ini hanya enam orang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806365/edisi/melaka-ns/portfolio-enam-exco-negeri-sembilan-ditetapkan-dalam-waktu-terdekat---mb
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #krisisN9 #MBN9 #IsmailLasim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-27T07:21:47.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P177S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0f4ay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0f4ay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0f4ay"></script>