Harimau muncul di Machang

Iklan
Seekor harimau belang 'terselamat' selepas muncul dan merempuh sebuah kenderaan yang melalui jalan Tok Bok-Selising, Machang pada Khamis.

MACHANG - Seekor harimau belang 'terselamat' selepas muncul dan merempuh sebuah kenderaan yang melalui jalan Tok Bok-Selising, di sini pada Khamis.

Hidupan liar itu terus lari ke kawasan hutan berhampiran selepas melanggar kenderaan tersebut pada jam 11.24 malam.

Iklan
Iklan

Insiden itu dirakam oleh kamera hadapan yang terdapat pada kenderaan tersebut dan kemudian tular di aplikasi TikTok.

Dalam rakaman itu, pemandu kenderaan tersebut telah dikejutkan dengan pak belang yang melintas secara tiba-tiba hingga dia tidak sempat mengelak.

Iklan

Sementara itu, seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Hashim, 49, berharap pihak berkenaan dapat turun padang untuk membuat pemeriksaan berkait dengan kejadian itu.

Katanya, tindakan itu bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini berlaku pada masa depan.

Iklan

"Ini melibatkan soal keselamatan dan pihak berkenaan tidak boleh lepas tangan," katanya.